Monday, January 24, 2011

Kenapa dgn Blog sy ni!

huh! kenapa dengan blog fatin ni..
orang tak boleh comment kat setiap post fatin..fatin dah try explore dah kalau  ada yang tersalah tekan ke, tergodam sana, godek sini..haiyak...kalau fatin post entry, kawan-kawan fatin ada tanye kenapa tak boleh nak comment kat blok kamu? ish! ade sape2 bleh tolong kat sini? huhu

1 lagi, blog fatin tak boleh link dekat facebook..or seangkatan dengannye..
dah try tengok seting yang kene "tick" kat lambang facebook dan seangkatan dengan nye tu kan..tapi still tak keluar dekat bawah post ni~~ haiyak..ape kah?

rasa macam nak bukak blog baru je~~ tak payah nak pikir2..tapi tak best lah! huhu

sekarang fatin tengah usha-usha blog2 yang cantik2..hehe 
rakan-rakan blog yang memang dah pandai sangat buat blog tu..wow! u imprest me babe.. jelous gitu! so memang nak buat cam diorang lah..tengah mencari ilmu..
pada kamu2 yang sudi jadi cikgu..tolong pimpin anak kecik comel yang baru nak belajar ni ye..hehe

Terimakhasih semua..^______^

Saturday, January 22, 2011

Malam Kebudayaan India - USM

Enjoy the nite!





Malam semalam, 21 januari..
fatin and kawan2 bekesempatan mengikuti Malam Kebudayaan India yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia Kampus Kubang Krian..
kawan fatin,  Gheetha n Sharmala yang ajak fatin joint benda ni..saje suka2..lagi pon masa ni lah nak tengok budaya diaorang kan..=)
Pada mulanya, kiteorang tak sure majlis kebudayaan untuk ape, tapi si Gheetha ni dah request kat fatin suruh pakai baju pujambi dia..so fatin pon try lah..ye lah, bile lagi kan nak pakai..hehe  then, bila datang kat sana barulah fatin tau, majlis ni adalah majlis kebudayaan orang india..memang grand lah dia buat, sangat seronok dan paling tak pon fatin dapat satu pengalaman beharga yang fatin sendiri tak sure boleh berulang lagi ke tak..saya sangat gembira!

masuk2 je dewan utama USM tu..fatin dah napak decoration yang cantik2 semuanya..memang ade feel macam dekat india lah..lepas tu, hampir 80% orang yang datang pakai sari dan seangkatan dengannya..tak kiralah, orang india ke, melayu ke..orang cina pon ramai tau! huhu

jom layan sikit2 pic yang fatin sempat tangkap dengan kawan2 fatin..=)

 

Masuk2 je..ade lah decoration ni..fatin pon tak tau nak panggil ape..tapi memang cantik..
mesti diorang buat semua ni susah kan..huhu teruja nak buat jugak!



napak comel je fatin kan..haha keperasanan melanda..
fatin xbuat pape ye tu..cuma posing nak amik gambar je..lampu2 tu pon lamu elektrik..bukannye api betol..huhu


ade sorang kawan fatin tanye..
"kenape lampu ni tinggi lagi dari ko"
apa da~~ cam ne nak jawab ni? dah memang dia tinggi lagi..so, kite terimalah tiang ni seadanya..hehe betol x..=p



kawan2 baru fatin..^___^ hehe
semua ni junior ok..happy dapat kenal diaorang


ni prop dalam pesembahan tu..dah abis pesembahan tu, so kiteorang pon amik lah kesempatan take picture kat sini..hehe tande kenang-kenangan


tiket masuk kiteorang..
^____^


antara pesembahan yang diorang buat 


mee and geetha!



ade lagi gambar yang fatin nak up-load..tapi nape tah..lembap semacam tibe2..ish!
tak pe lah..nanti fatin up date lagi ok..=)

pape pon..sangat best sebab berpeluang melihat semua tu..pesembahan yang diorang buat memang tip top lah! rase fell kat dunia holiwood gitu..hehe ye lah,.before ni macam tak caye pulak ade jugak rupanya orang memang menari dengan penuh semangat gaya hindustand kat atas pentas tu..bukan sekejap..
satu2 pesembahan ade lah dekat 10 minit..then ade dekat 5 ke 6 pesembahan..tak masuk ada teater pendek lagi..huhu

ok lah..fatin cuma nak meluangkan masa dengan pekara lebih berfaedah..
semoga jadi kenangan terindah dalam hidup ni..yeah! =) 

Seimbang dalam Pemakanan

DIET bukan tak makan nasi je..=p

Entry kali ni fatin buat khas buat sahabat terbaik fatin..
Fatin rasa besalah sangat dekat dia, sebab hari tu fatin tegur dia dah tembam..ingatkan dia tak amik serius..rupenye dia dah seminggu ikat perot tak makan nasi just because ape yang fatin cakap!. oh...ape lah kamu ni fatin.. ~__~

ape yang fatin buat ni just nak bagi tips2 dekat dia..
bukan dengan tak makan nasi  teros behari-hari bleh jadi kurus ye dear! kamu perlu makan bende yang seimbang and buat ape yang patot..
ok tak pe, sebagai tanda sokongan dia nak diet! Fatin pon nak joint the club lah diet sekali dengan dia..hehe.. jom2..bace ape yang fatin cari ni..=)



kelihatan-kurus

mengira kalori makanan


Fatin ade copy ini article..and dah mintak permission dengan tuan dia...
yang bawah ni bukan fatin yang tulis tau..just nak share2..=)


Langkah 1: Kira Berat Badan Sasaran, guna formula BMI

Kira BMI terkini korang, then kira plak berapa berat yang perlu korang buang. BMI Idle korang (BMI Idle ialah antara 18-25, Overweight 25-30, Obese 30>). Contoh pengiraan:

Berat terkini 140Kg, Tinggi pula 1.5m (memang clearly obese la kan).

Langkah 2: Senaman

Secara jujur, korang tak perlu nak senaman sebenarnya kalau nak turunkan berat badan, dengan syarat korang ambil dalam 1000Kcal je makanan dalam sehari untuk turunkan seurang-kurangnya 1Kg/seminggu. 1000Kcal je sehari? Memang gila sebab itu sangat merbahaya untuk kesihatan, silap haribulan, boleh dapat sakit berkaitan gastro usus atau lebih popular dipanggil gastrik. Jadi, kena makan banyak la jugak ye? Yup. Kena makan, tapi dengan cara yang betul, seperti yang aku akan cerita nanti. Jadi kalau dah makan kena banyak, macam mana nak turun berat? Senaman la jawabnya. secara umum, ada 2 jenis senaman yang korang mungkin tahu, iaitu Cardio orientated dan Strength orientated. Apa kemenda 2 benda tu? Cardio ni ialah bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh2 tertentu, manakala Strength pulak adalah bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki kekuatan otot. Contoh senaman Cardio ni ialah Jogging, briesk-walking, skipping, berenang, bermain futsal, etc. Manakala contoh senaman strength ialah weight lifting, push-up, etc.
Umumnya, aku hanya bersenam 4-5 hari seminggu sahaja, di waktu pagi, dengan jadual yang berikut, tapi korang tak semestinya nak ikut jadual ni, terpulang kepada individu dan kelapangan la:

Isnin: Jogging (30 minit non-stop, burn about 300Kcal-400Kcal)
Selasa: Bermain dengan Dumbell (1 Jam).
Rabu: REHAT
Khamis: Jogging (30 minit)
Jumaat: Bermain dengan Dumbell (1 Jam)
Sabtu: Jogging (30 minit)
Ahad: REHAT

Korang mesti perasan, kenapa aku lebihkan ‘jogging’ daripada ‘bermain dumbell/weight training’, ini tidak adil!! (dialog cerita 3 abdul). Jawapan aku mudah saja. Ini kerana antara 2 jenis senaman aku sebut tadi, senaman cardio lah yang paling berkesan untuk BAKAR lemak. Yup, anda tak salah dengar. Tapi, kenapa ya? Ini kerana senaman cardio ni banyak guna tenaga dan paling penting, ia mudah dilakukan. Ada sesiapa disini yang tidak tahu berlari? Berjalan? Memang mudah kan? Dan tips yang paling mudah, ini aku belajar dari Kevin Zahri la, seelok-eloknya buat cardio ni bila perut kita tak berisi makanan sekurang-kurangnya 4-8jam. Sebabnya mudah saja, sebab pada ketika inilah glucogen level dalam badan kita sangat rendah sehinggakan dalam 15 minit jogging saja, ianya akan habis, dan pada ketika ni lah badan kita akan cari sumber tenaga alternatif: BODY FAT aka LEMAK. Sebab itulah seeloknya jogging sebelah awal pagi (lepas bangun tido) sebab waktu tu perut kita kosong lagi, kalau tak boleh gak (faktor busy), boleh gak jogging waktu2 lain, tapi pastikan perut kosong dengan carbohydrate sekurang-kurangnya 4-8 jam la, dan tempoh jogging tu pulak hendaklah melebihi 20 minit, sure korang burn fat. Tapi jangan lupa minum air kosong pulak ye, kang korang dehydrasi pulak.


Langkah 3: Diet

Ramai orang salah anggap maksud diet ni. Sebut je diet, mesti ingat maksudnya nak kurus. Tak, itu definasi salah. Sedangkan Diet ni maksudnya cara korang makan. Even makan burger hari2 pun dikira diet gak, tapi diet tak sihat la. Dan bila sebut pasal diet, pasti tak lari dengan istilah kalori (Kcal). Kalori ni ialah suatu unit tenaga. Korang beli apa2 produk makanan, pasti ada label makanan yang tulis jumlah kalori, protein, carbs, fat, sodium, etc. Even ramai juga antara kita mesti tak tahu, yang setiap orang mempunyai had kalori yang berbeza, bergantung pada berat badan masing2 (ada cara/formula untuk kira dia, tapi aku tak nak tulis disini sebab tak mahu kepala korang pening nanti). Kalau korang rajin nak belajar kira kalori gak macam aku, sila komen pada post ni di bawah.. (aku nk tahu berapa ramai yg sungguh2 nak balaja)

Tapi kalau korang rasa malas nak kira, ikut tips aku yang amat mudah ni (berdasarkan pengalaman aku la, dah nama aku buat hari2).

1. Makan 5 kali sehari: Breakfast, Lunch, Tea-break, Dinner, Supper (minum segelas susu sahaja). And Never skip your meals. NEVER.

2. Breakfast: makan roti, esok makan oat, lusa makan nasi lemak (setengah pinggan). Lepas tu aku akan ulang menu yang sama, so siapa cakap nak kurus kena elak makan nasi lemak? Minum pulak aku minum samada susu lembu, milo atau teh, tapi hanya guna satu teh gula saja dalam setiap gelas. Selalunya aku tak taruh gula langsung la.

3. Lunch dan Dinner: aku makan segenggam nasi/setengah pinggan saja dalam setiap hidangan, ¼ pinggan untuk sumber protein (ikan, ayam, etc), ¼ lagi untuk sayuran. Elakkan ambil kuah dari lauk2 tersebut sebab berminyak. Untuk permulaan, cuba hadkan kuah tu dengan 1 sudu saja, bila dah lama2 tu, kalau dah biasa tu tak payah bubuh kuah terus. Lagi satu, jangan makan kulit ayam, dan kurangkan makan daging sebab daging lembu banyak saturated fat. Dada ayam dan makanan laut adalah pilihan protein yang terbaik.

4. Cravings? Makan keropok, cekedis, coklat, aiskrim dihadkan hanya untuk hujung minggu saja, tapi ingat, jangan berlebih2. Memang nikmat la dapat makan waktu tu, sebab dapat makan seminggu sekali je kan, memang nikmat dia 1000X daripada kalau kita makan benda2 tu hari2. Maksure juga tengok jumlah kalorie dalam makanan tu kat label “maklumat pemakanan”. Secara tak langsung, korang akan ‘berjaga-jaga’ dengan jumlah cekedis yang korang nak makan.

5. Tingkatkan metabolism = burn calorie dengan efisyen = turun berat dengan cepat!! Tapi macam mana nak tingkatkan metabolism? Makan banyak sayuran dan buah-buahan (Vitamin B, Taurina), dan sekali sekala minum juga teh dan kopi, sebab caffeine juga mampu tingkatkan metabolism.

6. Elakkan minum benda-benda manis. Macam dalam kes aku, aku kadang2 tak ambil gula terus dalam seminggu, sebab aku tahu aku boleh dapat glucose dan carbohydrate dari sumber lain (buah, sayur, nasi, roti). Banyakkan minum air kosong, about 8 glasses per day.

ada banyak lagi..korang boleh cari2 banyak kat internet ni  yang boleh membantu kamu tau!
mungkin kita ingat dengan cara tak makan nasi, berat kita boleh ilang..tapi sebenarnya banyak kesan negatif yang akan tejadi bile korang amalkan diet dengan cara yang tak betol..
free2 bleh dapat gastrik tau! hehe

so, be healthy ok..besyukur kerna kita sihat..jangan cari penyakit pulak sampai diet sakit!
AMARAN keras dari Fatin ok!

Wednesday, January 19, 2011

Praktikum

Final Year Praktikum


Finally..
tadi ade taklimat praktikum, and everything dah jelas dah

Tarikh Praktikum : 30hb Januari 2011
Sekolah : SK Langgar
Lecturer observe
English : Mis Emisharina Bt. Ismail
Maths : En. Ahmed Bin Sulaiman

huh! bleh tahan jugak lah xde mood dengan ape yang tentera ni..
stard 30hb? so maknenye..kiteorng tak de lah cuti raya cina..sian kan, tadi berdasarkan taklimat , dia beritahu yang cuti kami adalah bergantung kepada sekolah.. jadi kiteorang kene tipon sendiri sekolah..huhu aku baru google no phone sekolah ni..so esok pagi lah baru tipon sekolah.. memang doa sehabis doa ni..cutilah..cuti~~~~ wish for me ok! (^____^)

Lecturer observe, ok lah..stakat ni En Ahmed memang dalam jangkaan, so memang dah bersedia zahir and batin..hehe tah kenapa, hidop aku ni memang tak boleh lepas dari nama-nama seangkatan dengan tu kot..huhu  so aku memang dah ready and bersyukur jugak dapat En. Ahmed..
Lecturer English yang observe aku ni, sikit pon aku tak kenal dy.. Mia Emisharina?
Lecturer baru kot kat jabatan tu..huhu ingat nak google tapi tak jumpe lah pulak gambar dia..hihi
tak pe lah..let's we know her first..maybe dia ok kan..so, be ready je lah..kan..kan

Ape pon..still besyukur, walaupun aku pon tak paham ape motif diaorang membezakan lecturer aku dengan kawan seangkatan aku kat sekolah yang sama, sha..sha dapat lecture maths and english yang lain..macam pelik lah pulak..sampai 4 lecturer yang observe kiteorang, padahal kiteorang dekat satu tempat yang sama..huhu budak-budak lain tak pulak..ape ke peliknye lah~~

Peace no War! yeah!
semangat sikit pegi praktikum ye FATIN syg ..=)

Saturday, January 15, 2011

PoSting?

Masa yang ditunggu-tunggu..


Rasa tak sangka pulak , ye ke aku dah nak kene isi borang posting ni?

As a last year student kat IPG ni, kami kena isilah borang posting yang memang banyak cekadak gile nk fullfil borang ni..hehe complicated and tak boleh salah!
kadang2 malas jugak nak pikir + isi..tapi ni lah penentu masa depan kiteorang nak kene campak mengajar dekat manekan..huhu  perlukan petunjuk yang tepat nak pilih tempat untuk menetap!

kalau ikot hati memang nak balik kampung, setelah 5 tahun aku bermastautin dekat sini..so, mesti rasa seronok dapat balik kampung..duduk dengan mama + abah..dekat dengan famili kan..=)
tapi dalam masa yang sama, ada juga rasa nak berhijrah ke satu tempat yang  baru untuk aku..maybe sabah?  sarawak?

Apapun, setelah befikir dengan warasnya..
setelah bebincang dengan mama + abah + along and orang2 yang sewaktu dengannya..semuanya diserahkan atas tangan aku, tak ada paksaan..=) 
huh! susah gak..then, atas dasar kewarasan yang diharapkan memenuhi segala keperluan kehendak diri dan memikirkan semua yang aku peduli..
final desicion...

" MELAKA! "

wah! aku pilih melaka sebagai tempat untuk aku dipostingkan...
so, harap sangat dapat sana..or kalau dia tak nak antar pegi Melaka, antar balik pegi Johor pon ok..aku tak kisah..hehe pon aku suke..

ape pon ni cuma negeri yang kami pohon, segala-galanya bergantung pada kekosongan dan keperluan guru kat satu-satu tempat tu..rezeki masing-masing..kalau dapat, Alhamdulillah..kalau dapat tempat lain, maksudnya rezeki awal aku kat tempat tu kan..so never regret! Yeah!~~~~ 

Tuesday, January 4, 2011

New Year wish

My first entry for new year~~


Betemu kita akhirnya dengan tahun 2011, walaupun dah 4 hari tahun 2010 melambai pergi dan tahun 2011 membuka tirainya, baru saat ni aku ade mood and bekesempatan tok memikirkan apa yang menjadi harapan dan target aku dalam tahun ni..orang kata kalu ada impian baru ada pencapaian ye tak? 


1.  No regret, what ever i had done

walau ape pon yang berlaku, aku akan cuba sedaya upaya untuk menghargai hidup ini, tanpa sebarang rasa kesal..sebab yakin lah wahai hati.. pasti banyak hikmah disebalik semua keputusan yang diambil.. hidup ditentukan daripada keputusan yang hari-hari kita ambil..even bende kecik, macam "eh, hari ni nak make-up ke tak ek?" ha..itu pon keputusan kite gak kan...koya penah make -up..hihi
dah tinggal setahun lagi nak habis study + enjoy dengan kawan-kawan yang gila ini..hehe =p aku akan pastikan kami ada banyak kenangan tok masa tua! yeah!!
nanti senanglah aku nak cite kat anak and cucu time tua kan..^o^


2. Jaga kesihatan badan 

oh tidak! bile timbang je berat aku naik..hai..tak boleh jadi ni..
bukannya takut sangat gemok..tapi aku cuma mahu sihat, semoga tak de penyakit yang datang, so mencegah lebih baik dari mengubatikan?..hehe past ni aku nak kerah dudak2 rumah pegi joging..hehe belh ke? =p ikot su pegi dancing ke..agak2 best x? hehe..ni angan2, tapi nak jadikan realiti! semangat sikit fatin..yeah!


3. Membahagiakan dan berbahagia

now, i'm 21..dan tahun ni 11 April nanti aku akan mencapai usia 22thn.. macam tak percaya jugak..
aku rasakan masa umur 21thn, banyak betol perkara yang menguji aku dari segi hati ni..=)
Whatever had done..Insyaallah aku sentiasa bersyukur dengan semua kurniaanMu.. aku ada family yang sentisa bagi support, menyayangi satu sama lain, memahami dan bagi peluang for me to grow up properly..
aku ade kawan-kawan yang sentiasa ada kat sebelah bila saat susah senang, sama-sama tolak kereta time masuk pasir tak leh gerak, tak penah lupa masak + makan sama-sama, kemas rumah yang macam tongkang pecah + banjir sebab mahluk tuhan tak dijemput..oh, korang pasti ada untuk aku kan? hehe
Sejujurnya aku sangat berharap untuk sentiasa membahagiakan + berbahagia dengan korang, tahun ni semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang..sentiasa percaya dan tabah dalam menghadapi setiap dugaan orite! 


4. Bijak berbelanja!

duit sangat penting ok...haha walaupun aku ni bukan lah mata duitan tapi aku tak kata duit tu tak penting.. bak kata ziha..cintakan duit, bukannya meterialistik..yeah! aku setuju..hehe ape pon bile hidup membujang ni (aku tak penah guna ayat ni..serius!) memang lah tak banyak lagi tanggungan, tapi aku perlu bersedia sebab tahun depan nanti hidop telebih banyak duit jadi boros tak hingat~~ haiyak! (harapannya adalah duit tu kan) cam ni bile nak kawin? haha gatai na..pakwe pon xde..sibuk2 nak kawin..nak kawin dengan sapa?.. dalam mimpi pon jadi lah labu...hehe
managing duit dengan baik semoga masa hadapan yang tak pasti bleh posting ke tak ni akan terjamin ok..huhu insyaallah..=) kawan2 dah stard berniaga..aku nak wat ape plak ek? huhu


5. Kereta sebijik~~ yeah! haha 

ni cuma impian ok..
ada rezeki insyaallah..doakan aku dapat pegang stering kereta sendiri..yeah! mesti seronok..hihi pasan..sape lah nk jadikan mangsa jadi bapak gula ni, nak kete sebijik yunk! haha..gile ape..
xpe..aku just jadikan impian..then cita-cita, so, baru lah berusaha betul tak? ..amin..


6. Habis study

5 tahun 6 bulan..11 semester..
mak ai..lame gile aku study.. kalau orang dengar mesti cakap..'kok tak habis-habis belajar?', hehe..tau tak pe..berat mulut mengucap, berat lagi aku nak menjalani 5thn setengah ni..
tapi sedar tak sedar..korang tahu...aku dah final year and aku hanya ada 2 semester lagi untuk dihabiskan..macam tak percaya pulak..=(
semoga aku n kawan-kawan dapat habiskan study dengan jayanya..perasaan memang becampur-campur lah..ada part happy sebab dah nak habis study, tapi sedih sebab nak tinggal tempat ni, tinggal kawan2, tinggal masa study..um.. banyak sangat kenangan.. Memori make me cry..=(

setakat ni..ni je aku mampu  pikir..pastinya ada banyak lagi harapan..tapi paling penting no. 1.. no regret dengan semua keputusan yang aku ambil..semoga tahun 2011 memberikan satu semangat baru dalam hidup aku, semoga tahun ni datang dengan penuh kegembiraan, semoga aku tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang diberikan..



SMILE! senyum lah di thun 2011 fatin..
sesungguhnya  senyum intu boleh meredakan hati yang marah, boleh mencairkan hati yang beku, boleh memberi semangat pada hati yang ragu~~


P/s : rules for life cube korang baca kat sini..^o^

6ixsense Tak Bisa Memilihmu