Tuesday, January 4, 2011

New Year wish

My first entry for new year~~


Betemu kita akhirnya dengan tahun 2011, walaupun dah 4 hari tahun 2010 melambai pergi dan tahun 2011 membuka tirainya, baru saat ni aku ade mood and bekesempatan tok memikirkan apa yang menjadi harapan dan target aku dalam tahun ni..orang kata kalu ada impian baru ada pencapaian ye tak? 


1.  No regret, what ever i had done

walau ape pon yang berlaku, aku akan cuba sedaya upaya untuk menghargai hidup ini, tanpa sebarang rasa kesal..sebab yakin lah wahai hati.. pasti banyak hikmah disebalik semua keputusan yang diambil.. hidup ditentukan daripada keputusan yang hari-hari kita ambil..even bende kecik, macam "eh, hari ni nak make-up ke tak ek?" ha..itu pon keputusan kite gak kan...koya penah make -up..hihi
dah tinggal setahun lagi nak habis study + enjoy dengan kawan-kawan yang gila ini..hehe =p aku akan pastikan kami ada banyak kenangan tok masa tua! yeah!!
nanti senanglah aku nak cite kat anak and cucu time tua kan..^o^


2. Jaga kesihatan badan 

oh tidak! bile timbang je berat aku naik..hai..tak boleh jadi ni..
bukannya takut sangat gemok..tapi aku cuma mahu sihat, semoga tak de penyakit yang datang, so mencegah lebih baik dari mengubatikan?..hehe past ni aku nak kerah dudak2 rumah pegi joging..hehe belh ke? =p ikot su pegi dancing ke..agak2 best x? hehe..ni angan2, tapi nak jadikan realiti! semangat sikit fatin..yeah!


3. Membahagiakan dan berbahagia

now, i'm 21..dan tahun ni 11 April nanti aku akan mencapai usia 22thn.. macam tak percaya jugak..
aku rasakan masa umur 21thn, banyak betol perkara yang menguji aku dari segi hati ni..=)
Whatever had done..Insyaallah aku sentiasa bersyukur dengan semua kurniaanMu.. aku ada family yang sentisa bagi support, menyayangi satu sama lain, memahami dan bagi peluang for me to grow up properly..
aku ade kawan-kawan yang sentiasa ada kat sebelah bila saat susah senang, sama-sama tolak kereta time masuk pasir tak leh gerak, tak penah lupa masak + makan sama-sama, kemas rumah yang macam tongkang pecah + banjir sebab mahluk tuhan tak dijemput..oh, korang pasti ada untuk aku kan? hehe
Sejujurnya aku sangat berharap untuk sentiasa membahagiakan + berbahagia dengan korang, tahun ni semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang..sentiasa percaya dan tabah dalam menghadapi setiap dugaan orite! 


4. Bijak berbelanja!

duit sangat penting ok...haha walaupun aku ni bukan lah mata duitan tapi aku tak kata duit tu tak penting.. bak kata ziha..cintakan duit, bukannya meterialistik..yeah! aku setuju..hehe ape pon bile hidup membujang ni (aku tak penah guna ayat ni..serius!) memang lah tak banyak lagi tanggungan, tapi aku perlu bersedia sebab tahun depan nanti hidop telebih banyak duit jadi boros tak hingat~~ haiyak! (harapannya adalah duit tu kan) cam ni bile nak kawin? haha gatai na..pakwe pon xde..sibuk2 nak kawin..nak kawin dengan sapa?.. dalam mimpi pon jadi lah labu...hehe
managing duit dengan baik semoga masa hadapan yang tak pasti bleh posting ke tak ni akan terjamin ok..huhu insyaallah..=) kawan2 dah stard berniaga..aku nak wat ape plak ek? huhu


5. Kereta sebijik~~ yeah! haha 

ni cuma impian ok..
ada rezeki insyaallah..doakan aku dapat pegang stering kereta sendiri..yeah! mesti seronok..hihi pasan..sape lah nk jadikan mangsa jadi bapak gula ni, nak kete sebijik yunk! haha..gile ape..
xpe..aku just jadikan impian..then cita-cita, so, baru lah berusaha betul tak? ..amin..


6. Habis study

5 tahun 6 bulan..11 semester..
mak ai..lame gile aku study.. kalau orang dengar mesti cakap..'kok tak habis-habis belajar?', hehe..tau tak pe..berat mulut mengucap, berat lagi aku nak menjalani 5thn setengah ni..
tapi sedar tak sedar..korang tahu...aku dah final year and aku hanya ada 2 semester lagi untuk dihabiskan..macam tak percaya pulak..=(
semoga aku n kawan-kawan dapat habiskan study dengan jayanya..perasaan memang becampur-campur lah..ada part happy sebab dah nak habis study, tapi sedih sebab nak tinggal tempat ni, tinggal kawan2, tinggal masa study..um.. banyak sangat kenangan.. Memori make me cry..=(

setakat ni..ni je aku mampu  pikir..pastinya ada banyak lagi harapan..tapi paling penting no. 1.. no regret dengan semua keputusan yang aku ambil..semoga tahun 2011 memberikan satu semangat baru dalam hidup aku, semoga tahun ni datang dengan penuh kegembiraan, semoga aku tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang diberikan..



SMILE! senyum lah di thun 2011 fatin..
sesungguhnya  senyum intu boleh meredakan hati yang marah, boleh mencairkan hati yang beku, boleh memberi semangat pada hati yang ragu~~


P/s : rules for life cube korang baca kat sini..^o^

0 comment:

Post a Comment